Friday, 31 August 2007
Alhamdulillah...Malaysia 50 tahun merdeka!!
Syukur Alhamdulillah negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-50 malam tadi. Semoga Malaysia terus aman dan makmur serta sejahtera sehingga hari kiamat. Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya saya mendoakan yang terbaik untuk tanahair kita yang tercinta. Walaupun jasad berada jauh di perantauan, tetapi hati dan sanubari tetap mengenang dan mengingati bumi Malaysia. Pastinya suasana sambutan hari kemerdekaan di Malaysia meriah dengan berbagai jenis acara dan letupan mercun warna warni di sana sini. Namun demikian, sebagai orang Islam, seharusnya kita menyedari bahawa acara sambutan seharusnya disambut secara sederhana tetapi bermakna dan tidak membazir keterlaluan. Marilah kita mendoakan agar negara kita terus dilimpahi dengan keamanan dan kesejahteraan dan cuba menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat mithali yang boleh dicontohi oleh generasi yang akan datang. Mudah-mudahan Allah memudahkan liku-liku perjalanan hidup kita di perantauan ini sehingga pulang suatu hari nanti membawa sebuah kejayaan. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment