Wednesday, 12 March 2008

Salwa yg comel..

Saje nak display pose menarik Salwa si kucing comel berasal dari Albany, Auckland. Kucing ni mengingatkan aku pada Labun, kucing yg aku tinggalkan nun jauh di Tmn Perwira Indah, Gombak,. ape citer la labun tuh..
p/s: Wahai tuan empunya salwa, kasi la saya pinjam salwa barang seminggu dua.. plus food dia sekali ya! hehe..

The best Gun shop in NZ!!

Are you a serious shooter? Jgn tak sangka kat NZ ni ada kedai jual senapang & pistol. Hahaa..the best gun shop plak tu..Anyway I am not going to release the name of the place, takut nnt kang tak pasal2 plak ada org pegi beli senjata kat situ lps baca blog I nih..huhuuu....not my fault!

Sunday, 9 March 2008

Panas.. Panas...!

hhehee.. best betui tgk result p/raya semalam.. itu lah.. hidup ini kan bagai putaran roda.. tak semestinya sentiasa berada di atas.. Tahniah diucapkan kpd yg menang...semoga menjadi pemimpin yg benar2 amanah dan adil memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat jelata, jgn hampakan harapan seluruh rakyat m'sia.. Perubahan harus ditangani dgn jayanya.. rakyat harus berhenti dripd menjadi terlalu emosi..Bukan setakat perubahan, segala kesilapan yg telah dan sedang berlaku harus diatasi secara bijaksana. Tampuk kepimpinan yg baru seharusnya meneruskan perjuangan, bukan lagi masa utk berleka-leka..Justeru pemimpin harus lah bijaksana melaksanakan t/jawab yg telah diamanahkan demi menyelamatkan negara kita yg tercinta. Semoga Malaysia terus aman, damai, makmur, dan maju, daripada segala segi yakni, pembangunan rohani & sahsiah haruslah seimbang & seiring dgn kemajuan ekonomi.

Sekian dulu karangan dan liputan setelah melihat apa yg tersurat dan tersirat.. he hee.. :-)

Keputuan penuh p/raya:
http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php

Thursday, 6 March 2008

Keranamu Chepot!

Malam semalam aku tido lambat betul..akibatnya aku mengantuk yg amat sangat hari ni... ni semua chepot punye pasal la... dia tiba-tiba sembelit..so aku terpaksa temankan dia..takut kot jadi apa-apa.. kesian betul.. ntah kenapa lately ni...dia selalu sembelit.. sebelum ni tak pernah cam tu pun.. agaknye mungkin sbb dia dah makin besar..makin panjang...makin kuat makan dan makin chomeyyy....huhuh nnt aku sure sedih terpaksa berpisah dgn chepot bila tuan dia dtg nanti... Oh chepot..kenapa kita harus berpisah di saat aku semakin sayang padamu...huk.. huk.. sob...sob..sedihhh...:-(

Siapakah chepot?? biarlah korang meneka-neka dalam kesamaran bak lagu Ibnor riza tuh.. haha dah 2 bulan lebih chepot tinggal kat umah sewa ni. Tapi baguslah dia cepat dapat menyesuaikan diri dan dah makin bijak skrang ni.. chepot...chepot la la la laa laaaaa... (ini lagu kegemaran chepot)

ok la takat ni dulu citer pasal chepot...

Tuesday, 4 March 2008

Of NZCSRSC08 and ESEM08

Alhamdulillah...finally siap jugak paper tu...! Feel sooooo relief... dan takut jugak nak present ni.. NZCSRSC08 will be the first conference where I am going to present my work. I used to attend conferences back in Malaya, but I never have had any chances to present a paper. So this will be the first experience in my lifetime, insyaAllah.. aiyoyo.. panic juga beb! Despite all the gabra & panic, there is also a great excitement for having the opportunity to visit Christchurch this April. So, I am really grateful that the paper was accepted and thus will have the chance to visit around the South Island too. :-)

ESEM08 is another conference to be held in October at Kaiserslautern. It is still a long way to go, but I really hope that I can make it too :-) At this stage, I just can pray and tawakkal.. If ada rezeki, will go for it, insyaAllaah.. pls pray for me my dear frens... Thank you! :-)

Thursday, 21 February 2008

Berita mengejutkan..

Hari ini dapat berita sangat mengejutkan di Uni.. Dr Santokh Singh, salah seorang staff CS department meninggal dunia semalam disebabkaan serangan jantung. Terkejut sgt.. Baru jer borak ngan dia Jumaat lepas..mcm tak percaya dia dah tiada..itulah kehidupan..kita tak pernah tau bila kita akan mati..Tetiba aku sedih..Terngiang ngiang lagi nasihat2 terakhir dia, tak sangka rupanya itulah kali terakhir aku berborak ngan dia.. Itulah kehidupan…tiada makhluk yg kekal di dunia ini..suatu hari kita pasti akan pergi meninggalkan alam fana ini.. setiap dari kita pasti akan menghadapi kematian.. Aku merasa agak terpana dgn berita ini, kematian memang tak pernah mengenal usia..Beliau baru dapat PhD 2 tahun lepas..di saat kerjaya baru hendak bermula.. tapi apa daya kita, kematian tak pernah menunggu itu semua. Tiba saatnya, selamat tinggal semua..

Ini bukan pertama kali aku menerima berita kematian dlm hidupku.. Aku pernah hadapi kehilangan paling besar dlm hayatku bila ayah dan ibu dijemput Ilahi lapan tahun yg lalu…Tak dapat aku kenangkan bagaimana laranya hati ini mengenangkan orang yg kita paling kasihi yg sentiasa berada di sisi kita, tiba-tiba pergi meninggalkan kita.. Menghadapi hari2 duka itu aku bagaikan orang buta yg kehilangan tongkat.. Bagai jatuh ditimpa tangga. Lapan bulan selepas pemergian ayah yg dikasihi, ibu tercinta pula di jemput ilahi.. Aku seperti tak percaya dgn ujian yg Allah beri untukku waktu itu. Kenapa aku diuji sebegitu hebat? Saat itu yg aku pohonkan hanyalah kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi ketentuanNya dgn hati yg redha. Sesungguhnya Tuhan lebih sayangkan mereka.. Aku redha. Aku harus redha. Itulah pertama kali dalam hayatku aku mengerti betapa besarnya erti sebuah redha. Aku yakin aku akan dipertemukan lagi dgn kedua orang tuaku. Masih ada ruang dan kesempatan utk aku berdoa..

Apa agaknye reaksi dan persiapan kita kalau kita tahu saat sebenar ajal kita ingin dijemput? Ah mmg tak mungkin kita tahu, tapi suatu perkara yg pasti kita tahu adalah setiap dari kita yg bernyawa ini pasti akan menempuh saat itu. Cuma tak tahu bile.. Patutlah Nabi SAW pernah berpesan bahawa orang yg paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati kematian dan bersiap sedia sebaik mungkin menyediakan diri menghadapi kehidupan kekal abadi di akhirat sana. Dunia ini hanyalah kehidupan yg sementara, bukan utk dinikmati selama-lamanya.. Teringat lagi aku kata-kata Dr Fathy semasa ceramah maal hijrah baru2 ni.. “the wordly thing is nothing compare to the life in the hereafter”. Takutnya tiba2 bergetar jantung mengenangkan apakah cukup amalan diriku ini..Apakah yg telah aku lakukan dalam hidupku selama ini dengan usia sebegini yg Allah dah berikan.. Apakah lebih banyak dosa berbanding amalan? Apakah aku ikhlas, dan sejauh mana keikhlasan itu.. Semoga Allah mudahkan kita untuk menghadapi sakratul maut.. dan semoga kita dijemput pergi pada saat iman kita berada di tahap yg tertinggi. Semoga Allah menerima semua amal dan perbuatan baik setiap dari kita…ameen..

Thursday, 14 February 2008

Ayat ayat cinta (** Highly recommended)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". Ar-Ruum (21)

Novel Pembangun Jiwa 'Ayat ayat cinta' by Habiburrahman Saerozi.