Thursday, 21 February 2008

Berita mengejutkan..

Hari ini dapat berita sangat mengejutkan di Uni.. Dr Santokh Singh, salah seorang staff CS department meninggal dunia semalam disebabkaan serangan jantung. Terkejut sgt.. Baru jer borak ngan dia Jumaat lepas..mcm tak percaya dia dah tiada..itulah kehidupan..kita tak pernah tau bila kita akan mati..Tetiba aku sedih..Terngiang ngiang lagi nasihat2 terakhir dia, tak sangka rupanya itulah kali terakhir aku berborak ngan dia.. Itulah kehidupan…tiada makhluk yg kekal di dunia ini..suatu hari kita pasti akan pergi meninggalkan alam fana ini.. setiap dari kita pasti akan menghadapi kematian.. Aku merasa agak terpana dgn berita ini, kematian memang tak pernah mengenal usia..Beliau baru dapat PhD 2 tahun lepas..di saat kerjaya baru hendak bermula.. tapi apa daya kita, kematian tak pernah menunggu itu semua. Tiba saatnya, selamat tinggal semua..

Ini bukan pertama kali aku menerima berita kematian dlm hidupku.. Aku pernah hadapi kehilangan paling besar dlm hayatku bila ayah dan ibu dijemput Ilahi lapan tahun yg lalu…Tak dapat aku kenangkan bagaimana laranya hati ini mengenangkan orang yg kita paling kasihi yg sentiasa berada di sisi kita, tiba-tiba pergi meninggalkan kita.. Menghadapi hari2 duka itu aku bagaikan orang buta yg kehilangan tongkat.. Bagai jatuh ditimpa tangga. Lapan bulan selepas pemergian ayah yg dikasihi, ibu tercinta pula di jemput ilahi.. Aku seperti tak percaya dgn ujian yg Allah beri untukku waktu itu. Kenapa aku diuji sebegitu hebat? Saat itu yg aku pohonkan hanyalah kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi ketentuanNya dgn hati yg redha. Sesungguhnya Tuhan lebih sayangkan mereka.. Aku redha. Aku harus redha. Itulah pertama kali dalam hayatku aku mengerti betapa besarnya erti sebuah redha. Aku yakin aku akan dipertemukan lagi dgn kedua orang tuaku. Masih ada ruang dan kesempatan utk aku berdoa..

Apa agaknye reaksi dan persiapan kita kalau kita tahu saat sebenar ajal kita ingin dijemput? Ah mmg tak mungkin kita tahu, tapi suatu perkara yg pasti kita tahu adalah setiap dari kita yg bernyawa ini pasti akan menempuh saat itu. Cuma tak tahu bile.. Patutlah Nabi SAW pernah berpesan bahawa orang yg paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati kematian dan bersiap sedia sebaik mungkin menyediakan diri menghadapi kehidupan kekal abadi di akhirat sana. Dunia ini hanyalah kehidupan yg sementara, bukan utk dinikmati selama-lamanya.. Teringat lagi aku kata-kata Dr Fathy semasa ceramah maal hijrah baru2 ni.. “the wordly thing is nothing compare to the life in the hereafter”. Takutnya tiba2 bergetar jantung mengenangkan apakah cukup amalan diriku ini..Apakah yg telah aku lakukan dalam hidupku selama ini dengan usia sebegini yg Allah dah berikan.. Apakah lebih banyak dosa berbanding amalan? Apakah aku ikhlas, dan sejauh mana keikhlasan itu.. Semoga Allah mudahkan kita untuk menghadapi sakratul maut.. dan semoga kita dijemput pergi pada saat iman kita berada di tahap yg tertinggi. Semoga Allah menerima semua amal dan perbuatan baik setiap dari kita…ameen..

4 comments:

modd said...

ye ke...rasa macam baru je ari tu you told me about him.

betullah, yg paling dekat dgn kita ialah Kematian...

and sgt sedih to lose someone we love...

Asiah said...

mari doa bersama2
Allahumma takhtim 'alaina bi husnil khatimah.. wa la takhtim 'alaina ya Allah bisuu'il khatimah...ameen

achiema said...

ameen..ameen ameen..

Dilla said...

kak..
harapnya setiap apa yg kita kerjakan di dunia ni masuk buku sebagai ibadah.
Agaknya tu pun belum cukup untuk memenuhi requirement masuk syurgakan....
:(